senyum

mungkin aku sedikit sedeh.
mungkin aku sedikit keciwa.
mungkin aku sedikit mempersoalkan takdir.
mungkin aku sedikit menyalahkan diri aku.
aku dan kemungkinan aku lagi.

lepas aku berkata-kata dgn membe" aku.
mereka dan kata-kata mereka.

rahmah:
ala,ada hikmahnya aten.sure bersebab ni..mungkin,kos ini bagus.

farah:
ala,ok ajer.jgn pandang rendah sesuatu kos itu.

tapi..yg ini plh best dan aku suka.

mirae :
ala,ko kena la amek kos yg lain dari yg lain.macam N.amek nursing.sampai miss fu pon terkejut.pelik.adore kat N.sampai boleh terkeluar ayat ini,"tak pernah dalam sejarah SBP ade orang amek nursing"

kelaka.
one thumbs up for miss fu.
two thumbs up for N.

food

alu benci.aku pon nk makan.
isikan perut.ape?!!
aku dah 19..so,aku should give up my food?!!
my precious food!!
apa salah bagi aku makan?!!
aku sedih.
jiwa kecil aku meronta.
batin aku terseksa.
air mata aku..
aku tak dapat nak tahan.
dammit.
just go,aten..these people can't see ur tears
don't let them see who u really are.
u should be strong

aku nak la bangang..

ok.aku mungkin exaggerate sedikit.
haha..aku dan aiman bergaduh-adik aku,9 thn.
semata-mata makanan.
pantang nenek moyang aku kot...
aku boleh sabar.
tp,bab makanan aku tak le nak sabar..
mungkin sbb aku gastrik..
lame gler alasan..

aku tahu

aku dah tahu.
aku masuk uni ape.
kos apa.
aku dah tahu..
adeh..asal aku tahu
???????
aku tak nak tahu.
tapi aku dah tahu.
aku dapat apa aku nak.
tapi bukan perkara yang aku paling nak.
konklusi.aku dah tahu.

ubat


aspirin aku dikala pening.
aku suka.

siutan

aku rasa nak termuntah.
pening.sejuk.
seperti di awangan.
aku ingatkan mudah.
tapi tidak.pengajaran untuk aku di kala ini.
don't judge the book by its cover.
susahnya nak translate from english to malay.
sumpah aku tak mahu buat lagi
sucker!!!

a change

it's been too hard living but i'm afraid to die
cause i don't know what's up there beyond the sky
it's been a long time,a long time coming
but i know a change gonna come,oh yes it will

oh there been times that i thought i couldn't last for long
but now i think i'm able to carry on
it's been a long time,a long time coming
but i know a change gonna come,oh yes it will

the arrivals

kat youtube.by hashemfilms.
kesedaran mungkin.bg menggunakan otak yg mungkin sudah berkarat.
aku suruh tonton.bukan percaye.
sbb itu,aku minta kamu berfikir.dgn dalam.dgn teliti.
aku baru episod 35.byk?1 episod-8 minutes only.
aku mendalami.aku mula berfikir.
tersedar dari tidur yg lena.untuk keberapa kali.aku tak pasti.yg pasti-aku pasti-aku manusia,sering alpa.tp,haruskah itu dijadikan alasan?ape guna akal kalau dibiarkan.digunakan tapi bukan sepenuhnye.hanya untuk duniawi sahaja.
kiamat sudah dekat--bukan -ve thinking-cuma mengingati.kewajiban aku bukan?
archi,math,bio-fz,chem-penting.sangat.
aku tidak suruh kamu tinggalkan.
tapi sehari ada 24 jam.
malah..mmg agama saling berkaitan dengan sains.
tidak salah mencuri beberapa minit mencari kebenaran.
mendalami agama yg diperturunkan dan bukanlah dicari.
walaupun tidak byk,tp ada juga input yg aku dapat dr the arrivals.
aku bg cadangan.
terpulang kepada kamu untuk tonton atau tidak.
aku tidak percaya sepenuhnya.
sbb aku blm berfikir sehabisnya.
jadi..aku harap kamu turut berfikir.jika kamu menonton.
malah,kamu tetap boleh berfikir
mencari kebenaran tanpa perlu menonton.
ini cuma satu rangsangan minda sahaja.

dalam satu episod..mereka mengatakan tentang dunia 2 dimensi.
adakah benar?
aku mula keliru.
pesanku..berhati-hati mencari kebenaran.
kerana takut kebenaran yg dicari
membelot.membuat hati dan jiwa kusut.kosong.

i'm deeply in love with him..
his bloody beautiful eyes.
his voice.
and most important-his story.
damn beautiful.
my life is devoted to him.
my mind keep thinking about him.
i dream about him.
always.
my lips never stop saying about him.
never stop smiling whenever or wherever i'm thinking of him.

damn bullshit.bloodyhell i'm like that.
just trying to be romantic.a test actually.to see i'm capable of being romantic or not.
one thing forsure-he is my favourite korean artist.
dan cowok paling hensem..:)

ULAM <--


kenapa bila aku berkata aku pemalu mereka
enggan mahu percaya?
aku konfius.keliru disitu.
cuba perhatikan gambar aku diatas.
aku gelak bukan sahaja manutup mulut.
tetapi dgn muka aku sekali.
hebat bukan?
sungguh malu dan tersipu sekali.
aku cuba selami persoalan yg bermain di benak otak aku ini.
selami jiwa.
selami ketujuh-tujuh lautan dan petala langit.
ok.aku tipu disitu.kerana aku tidak mampu berenang.
+ aku ada masalah keterapungan diri.
untuk menjadikan lebih dramatik.
aku pernah mengalami ujian cara aku mati.
dan jawapannya.
aku mati lemas.spooky.

kesalahan aku cuma kecil.
aku hanya tergelak terkuat sedikit di
shopping mall(midvalley)bersama tablemates
majlis merisik akak aku
mengakibatkan masa seperti statik.orang ramai memandang aku.
ya..dgn pandangan itu.
aku benci.pandangan itu.
aku sendawa di sekolah dimana jantina mereka bertentangan dgn aku.
sendawa dgn kuat.
so what?
i'm not farting.

the truth

aku.dia.mereka-semua mempunyai telefon bimbit.
cuma jenis,series,warna,harga yg membuatkan ianya berbeda.
terutama sekali cara penggunaan.
aku..aku pula mempunyai cara tersendiri.
my own unique way.

membe-membe aku sering marah-marah aku.

  • mana hanphone kau?!!berjanggut aku kol asek tak dapat.
  • asal tak reply sms?
  • sudah sombong ar skunk.
  • kedekut kredit betol la!!
  • mangkuk hayun.
  • bla..bla..

kenapa?mengapa?
ini semua gara-gara aku yg selalu membiarkan handphoneku ntah mana-mana ntah.kadang kala,aku selau terlupa dimana handphone aku.lalu,aku mengambil langkah mudah dgn berpikiran.."o0o..dah hilang kot" atau "aiman kot amek"..such a simpleton.
kadang kala pula,aku akan biarkan handphone aku tidak bercharge for days or even weeks.
hehe..malas la.

jadi guys,tolonglah jgn mengadudomba perkara yg bukan-bukan pasal aku ya.

merisik

PIHAK LELAKI

jumlah kereta-5 biji kereta
jumlah orang -20 orang

aku : huh, ade sorang konvoi boleh terlepas?camne bole terlepas lak?
ayong : entah!awak kol la dia.tanya camne situasi sekarang.dia dengar cakap awak.
aku : dalam telefon-"eh,awak katne ni?!!dah jumpe belom konvoi ni?ni dah satu jam lewat ni.peluh ni
banjir dalm dapur ni.cepat!!"

10 minit berlalu.
rombongan risikan hampir sampai.aku memakai selendang yg baru aku beli.biru kehijauan.memakai sedikit bedak johnson n johnson.celak.dan mencalit sedikit gincu di bibirku.aku lihat refleksi wajahku di cermin-berseri.

hantaran pihak lelaki -5 dulang bertemakan biru.
hantaran pihak perempuan -2 dulang bertemakan oren.

deruman enjin kedengaran.mereka sudah sampai.
hati aku berdebar-debar untuk melihat saudara-maranya.aku bersalam-salaman dan tersenyum mesra kepada semua tetamu.keluar melalui pintu belakang,aku pergi berjumpa dengan salawadi yang sedang berkira-kira untuk masuk atau tidak."hampeh.malu-malu badak sumbu pula."-monolog aku.

salawadi : cantik selendang.
aku : well,tengoklah siapa yang belikan.
salawadi : nak masuk tak nak ni?
(persoalan ini sudah 3 hari menjadi dilemma.untuk masuk ke rumah atau tak.macam la meminang.terlalu beradat betul.)
aku : nenek suruh masuk sahaja.
salawadi : nanti dah tak manis la lagi darah kita.

mendegar ayat sarcastic itu,aku tidak dapat menahan diri.aten,tahan diri.tidak...tidak..aku tak dapat nak tahan diri aku lagi.
KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHKAH..
at last..keluar la gelak evil aku ni.
semua di dalam rumah itu memandang keluar rumah.secara tepat,memandang aku.
adusss.. maruah aku tiba-tiba hilang.

KOMEN KELUARGA AKU.

ibu aku - gelak macam puntilanak.
ayong - terlamapu natural sangat.
adik aku - boleh gugur jantung dia.

kenapa exaagerate sangat statement diorang?

KONDISI RUMAH AKU.

selepas renovation ini..saiz rumah aku lebih mningkat.pintu kayu nya juga lebih tebal.jadi,jikalau nk memanggil orang,hendaklah menjerit dgn sekuat hati.itu,baru dalam rumah.luar rumah pula,jgn cakap la.

jadi,konklusinya.maruah aku hilang pada hari itu.atau dgn secara rasminya aku mengishtiharkan hari itu sebagai-HARI YG PLG MEMALUKAN AKU.malu wei aku..gila la.rasa nak bunuh diri aja.dah pakai cun-cun,sekali gelak macam..adehhh~
apa nak buat.memang diri aku begini..aku wonder.macam mana la kalau yg datang tu,rombongan pinangan untuk aku.nasib baik,akak aku punya..
hahahaha..what a day.
tapi,aku mungkin akan kurangkan volume,tetapi,tidak mungkin aku akan hapuskan sikap ini.sebab ianya adalah aku. :)