kosong


sudah lama tidak berkarya
mungkin aku sudah lupa bagaimana mahu berkarya
atau menulis
atau meluahkan
senang cerita bagaimana mahu menulis sebuah blog

mungkin aku malas.
sedikit sibuk dengan popIN mungkin
aku mula terfikir mahu deletekan sahaja blog ini
kerana aku melihat fungsinya seperti tiada apa-apa
kosong

tapi,bila direnung kembali,apa itu kosong?
kosong apakah yang cuba dibawa oleh aku?
mungkinkah kosong KOSONG
atau sebaliknya.
kadang kala penulis mahu memutarkan perkataan seperti yang mereka mahukan
inginkan
impikan
kerana bahasa itu sendiri berubah-ubah
lihatkan sahaja bahasa melayu atau bahasa malaysia itu sendiri
berubah.
mungkin profesional dari dewan bahasa masih pening mahu meng'fix'kan bahasa yang sering berubah-ubah mengikut peredaran zaman.kesesuaian.sama seperti adat.
perlu sahaja menyesuaikan dengan keadaan semasa.
penulis mahu memonopoli perkataan mengikut kemahuannya.
megikut karya dan ideologi.
seperti apa yang berlaku terhadap perkataan khalwat-diputar-belitkan

tapi,mahu salahkan siapa?
penulis atau bahasa itu sendiri?
bahasa melayu atau bahasa malaysia?
mmg patut ditukar melayu kepada malaysia kerana beberapa patah sahaja perkataan dimilki oleh melayu.
malawi.jawa.malaysia.

jadi,apakah kosong itu bagi aku?



Tiada ulasan: